4 GAMBAR - KHADIJA AZZEHRA, NAMA ANAK KEDUA DIANA AMIR
Diana Amir menerusi laman Instagramnya, secara rasmi telah memberitahu nama anak perempuan keduanya yang lahir pada 4 Januari lalu.
Pemilik nama sebenar Nurdiyana Amir Hashim, 30, dan suaminya, Mohd Habibbullah A Rahman telah berpakat menamakan cahaya mata kedua mereka dengan nama 'Khadija Azzehra'.
"Kami namakan kesayangan yang bijak and solehah ni Khadija Azzehra, Khadija (isteri Rasulullah SAW) Azzehra (luar biasa, pintar).
"Semoga membesar dengan penuh kasih sayang dan mendapat rahmat daripada Allah SWT. Amin!. Lega Khawlah bijak, cepat sayang adik dia, I love you lah khawlah! Such a bright kid," tulis Diana di IGnya
Untuk rekod, Diana yang berkahwin dengan usahawan itu pada Oktober 2013, sebelum ini telah dikurniakan seorang anak perempuan, Khawlah Al-Azwar yang akan memasuki usia dua tahun pada 8 Mac depan.
Foto: Diana Amir IG
Sumber asal: myartis.com
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai laman web, blog dan media sosial. Sekiranya perkongsian gambar atau artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Hubungi kami di ehpopmedia@gmail.com untuk sebarang aduan atau maklumbalas.
No comments:
Post a Comment